.
SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KEPADA KAMI DI KEKLAPIS2011@YAHOO.COM

Kek Lapis Sarawak merupakan tradisi dan ianya diwariskan secara turun-temurun. Bagi menghasilkan Kek Lapis Sarawak perlu melalui proses yang amat teliti, rumit dan memakan masa. Disebabkan itu, Kek Lapis Sarawak dapat disimpan dengan lama dan tidak berubah rasanya.

Kesabaran dan kesenian tinggi adalah perkara paling penting bagi menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang menarik dalam menghasilkan corak, rasa dan saiz yang pelbagai.

Kini Kek Lapis Sarawak telah dihidangakn pada hari – hari perayaan besar di Malaysia seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina & Krismas, turut menjadi pilihan di Majlis Pertunangan & Perkahwinan. Kek Lapis juga menjadi hidangan harian bagi penggemar kek semasa dan waktu sarapan pagi serta semasa menonton televisyen.

Pelancong yang datang ke Sarawak pasti akan mencari dan mendapatkan Kek Lapis Sarawak untuk dijadikan buah tangan untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang jarang merasa keunikan dan kesedapan Kek Lapis Sarawak. Terdapat juga syarikat-syarikat dan individu kini memilih Kek Lapis Sarawak untuk jadikan cenderahati di majlis – majlis rasmi mereka.

No comments:

Post a Comment